Sunday, January 30, 2011

Haruman Semulajadi Seorang Wanita



Tahukah anda bahawa setiap wanita mempunyai bauan semulajadi yang menarik minat pasangannya? Namun, bauan ini kadangkala sedikit 'terganggu' akibat bauan lain yang kurang menyenangkan. Bauan ini sebenarnya menunjukkan tahap kebersihan diri bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman. Cuba kita imbas kembali ketika bayi, bagaimana bau badan mereka? Sedap bukan..walaupun berpeluh tapi bau badan seorang bayi  tidak mengganggu konsentrasi kita.:) Tapi kenapa apabila kita makin dewasa, bauan tersebut makin lama semakin pudar dan memaksa kita menggunakan produk-produk wangian tambahan untuk menghilangkan bauan yang kita tidak suka tadi. Antaranya penggunaan Diadorant & minyak wangi.

Sebagai seorang wanita yang menitikberatkan soal penampilan diri yang lebih menyakinkan, adalah sangat penting untuk anda mengetahui tip-tip untuk mengembalikan semula keharuman bauan semulajadi anda yang dianugerah Tuhan. Malah menjaga kebersihan diri sebenarnya sebahagian daripada tuntutan Islam yang menuntut  penganutnya menjaga imej yang baik dari segi akhlaknya sebagai seorang muslim yang baik. Bagaimana Untuk Mengatasinya? Memperkenalkan  kepada anda  2 kombinasi penyelesaian kepada masalah di atas meliputi luar dan dalam iaitu Rahsia Belaian Kasih.



(Klik nama produk untuk info Produk)

- Kesihatan Ku, Kecantikan Ku -
 

Saturday, January 29, 2011

Kepentingan Penjagaan Kebersihan Diri Wanita


80% wanita pernah mengalami keputihan, keradangan atau jangkitan bakteria.

Punca

Bakteria mudah menyerang wanita kerana saluran uretra wanita lebih pendek berbanding dengan lelaki.

Amalan kebersihan diri yang tidak teratur :

1. Pemakaian tampon ketika haid dalam jangka masa yang panjang tanpa penukaran tampon mewujudkan keadaan lembap yang menjadi tapak pembiakan bakteria.

2. Amalan mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar menggalakkan bakteria dari dubur memasuki uretra.

3. Ketidakseimbangan hormon.

Langkah Pencegahan :

1. Jaga kebersihan peribadi : 
1. Tukar tampon 3-4 sekali untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria. 

2. Elakkan penggunaan sabun atau pencuci kuat bahan kimia. 

3. Elakkan penggunaan tisu yang mengandungi bahan pewangi (pewangi buatan berpotensi tinggi mengakibatkan keradangan kulit). 

4. Elakkan pemakaian seluar dalam ketat yang diperbuat daripada sintetik. Pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kapas (memberikan pengaliran udara). 

5. Memilih pembersih wanita yang berkualiti. 

Pembersih Wanita Gamat Serigama


Formulasi khas untuk semua wanita. Kaya dengan ekstrak Gamat Emas tulen, Asid Laktik dan Citrox. 

Gamat terkenal dengan daya pemulihan yang efektif, sebagai ejen pemeliharaan kelembapan. 

Asid Laktik mengekalkan pH pada kadar 3.5 yang ideal (pH yang melebihi 3.5 di bahagian sulit menggalakkan pembiakan bakteria).

Citrox merupakan ejen anti bakteria, anti fungus, ragi dan anti-septik yang efektif. Kajian menunjukkan Citrox berupaya menentang aktiviti bakteria sebanyak 800 spesies seperti Candida Albicans, parasities, Escherichia Coli (E.Coli), 100 jenis fungus dan ragi. 

Cara Penggunaan : 

Tuangkan pembersih wanita di tapak tangan dan sapukan di bahagian sulit wanita. Kemudian bilas dengan air bersih. (Boleh digunakan tiap-tiap hari). 

Penggunaan 2 kali sehari membantu anda menjaga kebersihan peribadi sepanjang hari. 

Kebersihan peribadi teratur menjauhkan anda daripada sebarang masalah jangkitan. 

Cubalah hari ini!


Untuk info produk (klik)


Borang Pesanan (klik sini)

Thursday, January 13, 2011

Tua Tetapi Cantik

 
 HORMON yang cukup boleh mengelak seseorang bergantung kepada ubat-ubatan serta suntikan untuk kelihatan cantik pada usia tua.

MINGGU lepas saya berpeluang bertemu sekumpulan wanita di suatu majlis anjuran sebuah kelab. Saya diminta memberi nasihat kecantikan dan kesihatan kepada kaum wanita berusia selepas 40-an. Saya berasa bertuah dapat bertemu wanita yang rata-ratanya berusia antara 40 dan 60 tahun. Mereka tetap aktif, cantik dan anggun.

Inilah generasi yang menjadi kebanggaan Malaysia. Di usia lewat 30-an malah melepasi 40-an, wanita masa kini mencapai kestabilan dalam kerjaya dan ekonomi. Mereka juga tidak mahu melepaskan peluang menimba ilmu bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Saya kagum melihat wanita yang bukan saja jelita malah bijaksana.

Kumpulan wanita yang saya temui meminta petua dan cadangan bagaimana mahu meningkatkan penampilan masing-masing. Di abad ini kemajuan perubatan esthetic dan anti penuaan mula mendapat tempat di hati mereka. Ramai yang mula menyedari bahawa kekal sihat dan cantik di usia melepasi 40-an dapat dicapai dengan kaedah saintifik dan bukannya sesuatu yang mustahil. Apabila darah kekal muda sudah pasti kita juga akan tampak muda dan tidak akan terkena penyakit penuaan seperti lupa, nyanyuk dan tulang rapuh.

Menjadi tua dan keletihan bukanlah satu takdir. Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan menjadikan kita mampu mengubahnya demi mendapat sebuah kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera. Kita yang bakal menentukan masa depan serta nasib kita sendiri. Sekiranya kita membiarkan diri dimamah usia maka sudah pasti sukar untuk memperoleh sebuah kehidupan yang berkualiti.

Terdapat juga mereka yang masih musykil dan kurang pemahaman terhadap rawatan anti penuaan. Mereka menyangka perubatan anti aging sekadar mementingkan wajah yang kelihatan muda berbanding usia sahaja.

Saya pernah ditanya: ''Kenapa kita harus menjalani anti penuaan? Menjadi tua adalah ketentuan Tuhan. Kita tidak boleh menolak takdir itu.''

Di sini saya memperjelaskan lagi. Perubatan anti penuaan bukan bermaksud menolak takdir. Kita mengkaji masalah tubuh badan apabila usia meningkat dan menyukat kandungan hormon di dalam darah. Tujuan perubatan ini adalah meningkatkan paras hormon agar menepati skala yang dimiliki ketika usia muda. Dengan kata lain kita meningkatkan tahap hormon di dalam tubuh. Ini kerana hormon adalah zat dalam badan yang membolehkan fungsi tubuh berjalan dengan lancar. Apabila darah kembali muda maka akan terselamat daripada penyakit berkaitan kekurangan hormon seperti kemurungan, kegemukan, kanser, masalah tulang dan kulit yang kendur berkedut.

Di sini saya senaraikan jenis-jenis rawatan esthetic yang sesuai bagi usia 40 tahun ke atas.

1. Rawatan mencegah pigmentasi dan kedutan.

Kesan penuaan menyebabkan lapisan kolagen menjadi nipis menyebabkan kedut mudah timbul. Malangnya dengan menyapu atau memakan kolagen sebenarnya tidak boleh mengganti kolagen yang hilang.

Prosedur untuk menjaga kulit sentiasa muda, merangsang pembentukkan kolagen dan menghilangkan pigmentasi adalah:

*Chemical peeling

*Microdermabrasion

Kedua dua prosedur tersebut boleh dilakukan secara rutin sebulan sekali untuk mengekal atau melambatkan kulit muka daripada cepat tua. Microdermabrasion dan chemical peeling boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan boleh menghilangkan pigmentasi.

2. Rawatan laser bagi meningkatkan kolagen dan membuang pigmentasi.

*Laser Q switched Nd:Yag boleh memecahkan pigmen menjadi partikel lebih halus dan dibuang sebagai toksin daripada badan.

*Laser CO2 atau erbium (pixel/fotona) untuk membuang pigmentasi epidermal. Rawatan laser juga boleh merangsang kulit menghasilkan lebih banyak kolagen agar gebu dan tegang.

3. Rawatan menghilangkan parut muka.

CO2 laser atau Erbium Laser dapat meratakan parut di muka akibat kesan jerawat atau kecederaan kulit. Sangat berkesan untuk menghilangkan skin tag atau tahi lalat.

4. Rawatan menegangkan kulit muka.

*Frekuensi Radio - selamat dan berkesan. Namun memerlukan banyak sesi untuk memperoleh hasil yang memuaskan.

*Focal Ultrasound (Ulthera ). Teknologi terbaru menegangkan kulit dan menghilangkan kedut-kedut halus di muka dan kawasan sekitar mata

*Filler. Menghilangkan kedut akibat tua. Mengisi tempat atau menambah kandungan pada muka yang cengkung agar berisi dan gebu.

5. Scarless Facelift.

Suspension thread lift (Serdev). Mudah, tiada parut dan berkesan. Ia mampu mengangkat semula wajah yang kendur. Teknologi ini mudah dan tiada kesan sampingan. Hasilnya juga cantik dan bertahan sehingga sepuluh tahun.

6. Platelet Pich Plasma.

Untuk memudakan kulit wajah PRP dibuat setiap dua atau tiga bulan sekali. Kaedah ini menggunakan suntikan darah pesakit sendiri yang telah diproses bagi memudakan sel-sel pada kulit. Teknologi ini berasaskan stem sel yang mampu mengisi ruang kosong pada kulit. PRP juga boleh diproses sebagaimana filler bagi menggantikan kandungan matriks kulit yang sudah hilang.

7. Terapi hormon Bio- Identikal.

Kini pengetahuan dan pandangan terhadap hormon sudah berubah. Penuaan berlaku akibat kekurangan hormon yang kritikal. Apabila kelenjar hormon tidak berfungsi dengan baik maka kita mula mendapat gejala penuaan. Kekurangan hormon bukan sahaja membuatkan kulit kita berkedut dan kering malah mengalami pigmentasi dan keguguran rambut. Kekurangan hormon juga sering mencetuskan kemurungan dan membuatkan seseorang berasa resah tanpa sebab.

8. Rawatan mata

Apabila usia meningkat mata juga menjadi kecil dan mudah mendapat lemak pada kawasan kelopak mata. Pandangan juga menjadi kurang terang. Rawatan esthetic boleh meningkatkan kecantikan dan menjaga kesihatan mata kita.

Ilmu mengenai anti penuaan perlu dipertingkatkan kerana ia membolehkan kita menjalani kehidupan di usia melepasi 40-an dengan kesihatan yang baik dan rupa paras yang cantik berseri. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...