Thursday, October 27, 2011

Berlari Hindar Penyakit



PAKAI sepatu sukan dan mula berlari secara perlahan dan berterusan bagi membakar kalori pada bahagian perut. Menurut pengkaji Jerman yang melakukan kajian terhadap kecergasan, dengan berlari sahaja anda mampu mengurangkan berat badan, kolesterol dan kurang risiko sakit jantung. Sekiranya anda kekurangan masa untuk berlari pada jarak jauh, cuba selama 15 minit setiap hari. Anda pasti mendapat hasil yang baik.

Tuesday, October 18, 2011

14 Minit Untuk Lebih Muda



CUMA 14 minit melakukan senaman lasak berupaya mengelakkan anda mengalami penuaan akibat stres - bermula daripada DNA anda. Kenyataan tersebut adalah daripada penyelidik dari Universiti California, San Francisco. Didapati aktiviti lasak mampu mengekalkan telomere (komponan kecil DNA) sihat dan muda walaupun dalam keadaan stres. Jadi apa tunggu lagi, bagi melegakan fikiran dan melindungi tubuh daripada serangan penyakit misalnya jantung, carilah masa untuk melakukan aktiviti yang boleh menaikkan kadar degupan jantung anda.

0.5 kg Seminggu


CARA paling baik untuk turunkan berat badan secara berkala adalah dengan mengurangkan 0.5 kg seminggu terutamanya jika anda bersenam. Jangan terlalu memaksa tubuh untuk kurus dengan cepat sehingga menyebabkan otot tercedera. Berikan masa yang cukup untuk otot berehat agar rutin diet dengan bersenam anda dapat terus dilaksanakan tanpa mengalami sebarang trauma kecederaan.

Tuesday, October 11, 2011

JERAGAT Petanda Kulit Tidak Sihat

BAGI kaum wanita, memiliki kulit dan tubuh badan yang bersih dan cantik adalah segala-galanya kerana kulit halus dan susuk tubuh menarik dikatakan lebih berkeyakinan dari segi keterampilan sekali gus meningkatkan aura personalitinya. Tona kulit yang sekata bukan hanya menjadi milik wanita berkulit cerah malah bagi mereka yang berkulit gelap atau sawo matang juga tampil cantik segar dan bersih.

Sejak zaman dahulu lagi petua kecantikan dibisikkan ke telinga anak-anak gadis. Arang di dapur dijadikan pemutih gigi, beras yang direndam dilumur ke muka menjadikan wajah bersih dan berseri. Putih telur pula dijadikan masker yang membuang noda pada kulit dan mengekalkan keanjalannya. Namun begitu, gaya hidup yang moden dan pendedahan terhadap pelbagai bahan kimia sama ada dari alat solek, habuk, udara yang tercemar atau sinaran matahari telah menyebabkan kulit kusam dan timbul rona kulit yang tidak sekata.

Menurut  Perunding Dermatologi Klinik Koh Skin Specialiast, Dr. Koh Chuan Keng masalah kulit tidak sekata atau jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan ia mampu menjejaskan penampilan individu. Umumnya, masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu dan Cina mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

“Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit) dan masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles, atau solar lentigenes. Manakala masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.”

“Bintik samar (barely visible spot) walaupun kurang ketara pada pandangan mata kasar tetapi boleh menyebabkan tona kulit tampak tidak sekata apabila ia ‘bersembunyi’ di bawah permukaan kulit. Bintik ini disebabkan oleh pigmentasi hiper iaitu pembebasan histamine (sejenis kimia yang dibebaskan oleh sel sistem imun tubuh) kulit berlebihan dan ia belum lagi muncul pada permukaan kulit sepenuhnya. Kulit kusam terjadi disebabkan oleh masalah sel-sel yang bercampur-campur. Sel kulit yang mati dan sel baru saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda. Pertumbuhan sel-sel juga lambat dan sel-sel baru kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar.”

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” ujar beliau lagi.

SINARAN UV PUNCA GEJALA

Terdapat beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari, faktor genetik dan pil perancang. Bagi golongan yang mengambil pil perancang ini potensi untuk mendapat kulit berjeragat adalah lebih tinggi seperti amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 30 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat jauh lebih besar. Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau sering terdedah kepada sinaran matahari dan tidak melindungi kulit dengan krim ultra ungu (UV), maka kulit akan menjadi lebih kasar, pigmentasi.

Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit cepat kehilangan kolegen. Kolegen pada kulit tidak boleh diganti dengan menyapu krim kolagen pada kulit atau dengan mengambil kolagen melalui pemakanan. Oleh itu kita kena menjaganya daripada sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan banyak kolagen maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

KAEDAH RAWATAN

“Seterusnya, jerawat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit yang bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat. Namun begitu bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic, keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim adalah tidak sesuai. 

Sebarhoeic keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan heat (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotheraphy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser. Bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia.

Bagi mengatasi masalah jeragat, kaum wanita disarankan lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doctor untuk megenal pasti penyebab dan rawatan sesuai.

“Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat yang timbul pada kulit, ia tidak berbahayaatau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disarankan berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.” Katanya di hujung perbualan.

BERITA BAIK

Bagi anda yang berasa risau akan masalah ini sebenarnya terdapat juga antara cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. Kita percaya antara cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan mula bertindak menjaga kesihatan dalaman anda. Apabila tubuh badan anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat, ia secara tidak langsung juga akan menyerlahkan kecantikan kulit anda.

ProAktif PCN adalah jawapan kepada penyelesaian kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya jeragat. PCN mengandungi pakej lengkap dalam membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh badan kita.

Ia memperbaiki sel-sel yang rosak dan merangsang pertumbuhan sel-sel baru yang telah mati serta menguatkan semula sel-sel yang lemah termasuklah sel-sel kulit.

Salah satu komponen utama PCN iaitu Jeli Gamat GOLD mengandungi hampir 86.5 % protein berbentuk kolagen semulajadi yang berfungsi untuk mencantikan kulit serta membuatkan kulit anda lebih anjal, gebu, halus, cerah & berseri.

Selain itu, komponen PCN juga mengandungi bahan antioksidan yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan pada bahagian kulit.

Paling penting, PCN melindungi anda daripada risiko penyakit kanser kulit dengan bertindak sebagai agen anti kanser serta merencatkan sel-sel kanser daripada membiak. PCN merupakan jawapan kepada permasalahan ini di mana jalan penyelesaiannya perlu bermula dari dalaman kerana itu yang menjamin kesihatan & kecantikan yang berkekalan Insyallah dengan izinNya.

Jadi dapatkan segera ProAktif PCN hari ini!


 

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Sunday, October 9, 2011

Langsing Dengan Pengangkutan Awam




DR. John MacDonald dari Universiti Pennsylvania menjelaskan, jenis pengangkutan yang anda gunakan boleh mempengaruhi saiz tubuh badan anda. Kajian yang dijalankan ini mendapati individu yang menggunakan pengangkutan awam sama ada bas, teksi, kereta api dan sebagainya boleh menurunkan berat badan lebih banyak berbanding mereka yang memandu sendiri ke tempat kerja. Ingin langsing cepat? Rebut peluang mudah ini yang bukan sahaja baik untuk tubuh anda tetapi juga menjimatkan minyak serta duit poket anda!

Lada Hitam Atasi Perut Berlipat



JIKA anda ‘terseksa’ dengan keadaan perut yang berlipat dan memalukan, mulai sekarang tambahkan lada hitam dalam setiap menu diet anda. Kajian membuktikan kandungan piperine akan merangsang pankreas membebaskan enzim lebih cepat yang membantu proses penghadaman lebih lancar. Cuba taburkan lada hitam dalam menu kentang, salad atau bertih jagung anda, kemudian lihat hasilnya.

Tiga Larangan Berdiet



INGIN diet berkesan? Jangan langgar pantang berdiet dengan makan pai kekacang. Secara anggaran satu potong pai mengandungi 480 kalori yang memaksa anda untuk melakukan aktiviti memanjat selama 70 minit. Begitu juga dengan satu potongan piza pepperoni (850 kilokalori). Makanan ini menuntut anda berenang 20 minit bagi menyingkirkan kehadirannya dalam tubuh. Seterusnya ialah ais krim vanilla. Walaupun hanya satu cawan kecil, anda perlu bersenamrobik 25 minit sebagai tindakan susulan jika tidak mahu gemuk! Elakkan makanan ini dan banyakkan makanan berkhasiat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...