Monday, September 26, 2011

Latihan Kuatkan Jantung


LATIHAN kardio barangkali menjadi salah satu cara anda untuk bersenam. Namun melakukan kardio tanpa latihan angkat berat hanya merugikan terutama untuk jantung. Sekiranya kardio menjadikan arteri anda lebih fleksibel, latihan beban melatih salur darah dalam otot mengangkut lebih banyak darah dan melegakan jantung. Kajian juga mendapati mengangkat beban berupaya merendahkan tekanan darah selepas bersenam yang lebih ketara berbanding latihan kardio.

Ketawa 20 Minit



KAJIAN saintifik telah mencatatkan cara paling cepat untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda adalah dengan menonton sesuatu yang lucu dan ketawalah sepuasnya. Melalui tontonan bahan berunsurkan humor dan kelakar selama 20 minit mampu merangsang anda untuk merasa lebih sihat. Dan sebagai bonus tambahan, ketawa baik untuk sistem kekebalan tubuh. Cubalah teknik ini kerana bukan sahaja murah, malah berkesan dan baik untuk menjaga tekanan darah anda. Ketawa juga boleh menyebabkan anda kelihatan muda lapan tahun daripada usia sebenar!

Putih Untuk Lebih Ramping


JIKA selama ini anda berfikir hanya warna hitam yang mampu membuatkan anda kelihatan langsing dan menyembunyikan ketidaksempurnaan di bahagian tubuh, dan silap! Warna putih juga memberi kuasa langsing dengan lebih elegan dan manis. Ia bakal membantu tubuh anda untuk tampil lebih cantik dan membuat wajah bersinar walaupun mood anda sebenarnya kurang baik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...